PENDAHULUAN
Baitulmal
merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah
harta.
Dalam istilah moden, ia dikenali sebagai Perbendaharaan Negara atau
Kementerian Kewangan pada masa ini. Baitulmal merupakan sebuah
institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta
umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti wang emas
atau perak. Ringkasnya, ia juga berperanan sebagai pusat pelaburan
harta umat Islam. Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan Bank
Islam yang aktif dan secara langsung memperniagakan harta umat Islam
secara terkumpul.
Baitulmal
juga bukan sahaja sekadar untuk pembangunan yang ada kaitan dengan
ibadat khusus seperti menyediakan tempat untuk mengerjakan solat,
untuk menjaga kebajikan orang memerlukan malah merangkumi segala
kegiatan pembangunan negara sama ada untuk pembangunan ekonomi,
infrastruktur, pendidikan, pertahanan, perkhidmatan awam dan
kebudayaan.
Di
sini, jelas menujukkan bahawa institusi kewangan islam yang
sebenarnya tidak pernak memisahkan antara faktor ibadat khususnya
iaitu fardu ain daripada factor ibadah umum iaitu fardu kifayah.
Malah islam memadukan kedua-dua unsur itu tadi dalam ikatan yang erat
dan padu.tidak wujud dalam negara islam institusi kewangan yang
khusus untuk pembangunan kerohnaian semata-mata yang dipisahkan
daripada perbendaharaan negara yang berfungsi membiayai projek
pembangunan fizikal.
SEJARAH PENUBUHAN BAITULMAL DI ZAMAN RASULULLAH
Sejarah
Penubuhan Baitulmal Institusi kewangan Islam dalam bentuk
Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud sejak dari zaman
Rasulullah (s.a.w.) dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq lagi. Tetapi
Baitulmal dalam erti kata yang sebenar belum lagi wujud kerana
pendapatan Negara yang masih belum berkembang dengan pesat pada
ketika itu. Pendapatan negara pada masa itu diperolehi melalui dua
sumber, iaitu zakat dan harta yang diperolehi daripada peperangan
seperti ghanimah, jizyah dan fai. Pendapatan negara pada ketika ini
tidak disimpan lama, ia akan terus diagih-agihakan kepada golongan
yang memerlukan seperti golongan fakir, anak-anak yatim dan lain-lain
golongan yang memerlukan.faktor inilah yang menyebabkan fungsi
Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara penggunaannya pada ketika
itu.
Institusi
Baitulmal ini secara rasminya telah wujud pada zaman pemerintahan
Saidina Umar bin Al-Khattab. Pada zaman ini, kerajaan Islam banyak
melakukan penaklukan dan menyebabkan wilayah islam berkembang dengan
pesat. Hasil daripada peluasan ini, harta benda yang terkumpul
manjadi amat banyak dan tidak dapat diagihkan secara serta-merta.
Khalifah Umar menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid bin
Al-Walid untuk menubuhkan satu Perbendaharaan Negara yang berasaskan
kepada Al-Quran dan Al-Hadis serta ijtihad para Sahabat. Pada
peringkat awalnya, perbendaharaan tersebut dikenali sebagai Diwan.
Pada zaman Bani Umayyah (41-132H), Institusi Baitulmal telah
berkembang dengan begitu pesat. Islam telah berjaya meluaskan jajahan
takluknya sehingga ke Afrika, Rom dan Constantinople. Sumber
pendapatan Negara yang paling penting pada ketika itu ialah Kharaj,
di samping Zakat, Ghanimah, Fai dan Jizyah.
Pada
zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), pusat pemerintahan Islam telah
berpindah ke Baghdad
iaitu sebuah kawasan yang paling strategik dan juga merupakan yang
terpenting bagi urusan perdagangan antara Timur dan Barat. Kesan
daripada perpindahan ini, pendapatan institusi Baitulmal telah
berkembang berlipat kali ganda. Perebutan kuasa politik antara
Al-Ma’mun dengan Al-Amin adalah titik permulaan kepada kemerosotan
institusi Baitulmal. Institusi Baitulmal di bawah pemerintahan
Al-Ma’mun tidak dapat berfungsi dengan baik dan teratur. Apabila
berlaku penaklukan kuasa Barat ke atas Negara Islam selepas era
Perang Salib (1096-1250M), Institusi Baitulmal tidak lagi berfungsi
dalam erti kata yang sebenarnya dalam menjana ekonomi dan
membangunkan prasarana umat islam. Peranannya semakin sempit dan
terhad kepada pengumpulan dan pengagihan wang zakat fitrah, zakat
harta dan wakaf.
SUMBER BAITULMAL
HARTA
MASYARAKAT
|
HARTA
NEGARA
|
HARTA UMUM
|
|
|
|
- Kharaj
Merupakan
kadar bayaran tertentu yabg dipungut daripada pendapatan keluaran
bumi.
- Jizyah
Merupakan
cukai diri yang dikenakan kepada orang kafir dan gugur apabila
memeluk islam. Jizyah tidak dikenakan kepada orang-orang miskin dan
tidak berupaya.
- Zakat
Zakat
bereti kebersihan dan kesucian. Ia merupakan saty bentuk bayaran
tertentu yang dikenakan terhadap harta orang islam apabila sampai
nisab dan cukup haulnya.
- Fai’ dan Ghanimah
Fai’
merupakan harta yang didapati oleh kaum muslimin daripada orang
musrikin secara percuma tanpa menghadapi peperangan . Gahanimah pula
ialah harta yang didapati melalui peperangan dengat tentera kafir.
- Usyur
Merupakan
10% yang dikenakan kepada barang-barang yang dibawa oleh perniaga
untuk berniaga di negara islam.
- Lain-lain sumber
Merupakan
harta pusaka yag tiada waris atau ditinggalkan atau tidak tahu
pemiliknya dan harta galian di perut bumi.
SEJARAH BAITULMAL DI MALAYSIA
Institusi
baitulmal sememang telah lama wujud di Malaysia tetapi konsep dan
pelaksanaannya tidak sama seperti yang pernah diamalkan pada zaman
awal pemerintahan islam. Ia hanyalah merupakan kumpulan harta amanah
majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri dan baitulmal itu hanya
sebahagian daripada perbendaharaan negeri yang terpisah atau
diasingkan dan bukannya sebagai Perbendaharaan Negara dalam konteks
negara islam. Kedudukan harta dan sumber hasil baitulmal dengan itu
amat terbatas dan dengan itu impak daripada tindakan yang
dilaksanakan oleh baitulmal kepada ekonomi tidak dapat dilihat dengan
jelas.
Dilihat
daripada struktur pentadbiran negara, baitulmal merupakan satu unit
kecil terletak di bawah suatu struktur kuasa perundangan negeri.
Struktur pentadbiran baitulmal adalah terletak di bawah suatu badan
dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Majlis
ini bertanggungjawab secara langsung tentang perjalanan undang-undang
pentadbiran agama islam termasuk soal harta dan kewangan baitulmal di
negeri-negeri berkenaan. Ternyata penelitian terperinci mendapati
institusi baitulmal dari segi teori dan amalanya di Malaysia terpisah
dipada hakikat dan fungsinya yang sebenar dan skopnya telah
dipersempitkan dan terbatas dalam bidang perlaksanaan undang-undang
harta dalam pengertian yang terbatas. Oleh itu perlu dilihat kembali
amalan yang sedia ada dan berusaha untuk kita berlaku adil untuk
meletakkan kembali institusi baitulmal kepada kedudukan dan
melaksanakan peranan sewajarnya seperti yang dikehendaki oleh system
ekonomi islam.
PENUBUHAN BAITULMAL
Penubuhan
baitulmal adalah suatu yang perlu kepada peruntukan undang-undang,
lebih- lebih lagi yang bersifat islami. Perlembagaan yang ada
sekarang tidak menghalang untuk mengembangkan amalan muamalah
islam
ditubuhkan melalui undang-undang seperti adanya Akta Bank Isla, 1984
dan Akta Takaful.
Sepertimana
yang diperuntukkan dalam seksyen 55(3) semua wang hata dalam
baitulmal hendaklah terletak di bawah hak majlis yang mentadbirkan
semua wang dan harta.
Bedasarkan
peruntukan di atas boleh dianggap bahawa dari segi struktyr baitulmal
terletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Ahli-ahli dilantik oleh
sultan yang merupakan ketua agama bagi negeri berkenaan. Justeru itu
dari segi perundangan baitulmal adalah perkara agama di bawah kuasa
raja dan negeri.
Mekanisma
untuk menubuhkan baitulmal kebangsaan di negara ini hendaklah
mengambil kira kedudukan tesebut. Sebelum ini beberapa perkara
mengenai agama islam yang terletak di bawah hak negeri seperti
pendidikan agama rakyat, zakat dan mahkamah syariah supaya disusun
semula dan diselaraskna pada peringkat kebangsaan. Bagaimanapun,
perkara-perkara tersebut menjadi isu yang tidak begitu mudah untuk
diselesaikan.
USAHA UNTUK MENYELARASKAN INSTITUSI AGAMA
- Penubuhan LUZAM
Pada suatu ketika kerajann
bercadang untuk menyelaraskan system pungutan zakat di seluruh negeri
melalui penuhuhan LEMBAGA URUSAN ZAKAT MALAYSIA (LUZAM)
- Mahkamah syariah
Beberapa usaha dibuat untuk
menyusun semula pentadbiran mahkamah syariah di negara ini. Ia
dilakukan dengan cara mengadakan satu kesefahaman untuk menggunakan
semua pegawai syriah maka timbullah Jabatan Kehakiman syariah
Malaysia.
- Lembaga baitulmal
Bitulmal boleh ditubuhkan di
perinkat pusat atau diselaraskan pengurusnya. Kecenderungan yang ada
pada hari ini, iaitu sebarang perkara yang menyentuh agama islam yang
terletak di dawah hak negeri dan menyentuh kuasa sultan boleh
dilakukan dengan dua cara iaitu:-
- Pertama – mengadakn muakafat diantar negeri-negeri bagi menyeragamkan urusan agam tanpa melibatkan pindaan mana-mana perntukan undang-undang
- Kedua – cadangan daripada majlis raja-raja supaya diadakan suatu menyelaraskan undang-undang yang dibawah kuasa sultan
PERANAN BAITULMAL
- Menyelesaikan masalah kemiskinan serta kedaifan dalam kalangan golongan Islam.
- Peranan seterusnya ialah adalah untuk membina infrastruktur dan pelaburan dalam aktiviti sosial, perdagangan dan perindustrian.
- Menyediakan keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk tujuan pembangunan negara bahkan ia merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan.
- Sumber-sumber dari Baitulmal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dan golongan tentera yang berkhidmat secara tetap ataupun sukarela.
- Dapat mempertingkatkan pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan mengeluarkan biasiswa untuk keperluan pelajar Islam.
- Membayar gaji pegawai
- Membuka tanah dan mengeluarkan bahan mentah
PERBELANJAAN BAITUIMAL
- Perbelanjaan yang ditetapkan oleh al-quran dan sunnah seperti zakat.
- Gaji tentera, khadi, gabenor, dan pegawai-pegawai kerajaan
- Pembangunan seperti mengorek sungai untuk mengalir airnya, membina tali air untuk menyuburkan tanaman.
- Menyediakan kemudahan seperti makanan dan pakian untuk banduan dalam penjara sama ada ia musli atau kafir.
- Untuk mempertahankan negara seperti kelengkapan tentera dan pengurusan pembukaan kawasan-kawasan lain.
- Memberi hadiah untuk orang berjasa seperti alim ulama’ dan sasterawan.
- Pembinaan jalanraya dan jambatan di seluruh negara
KESIMPULAN
Daripada
perbincangan metodologi peranan dan penglibatan baitulmal dalam
ekonomi di atas jelas memaparkan bahawa semangat keadilan adalah
prinsip kawalan terhadap peranan dan penglibatan umum baitulmal dalam
ekomoni negara. Pendekatan tersebut mampu mengharmonikan kedua-dua
sektor
awam dan swasta. Segala dasar dan polisi sama ada dalam memenuhi
peranan baitulmal dalam mengubal dasar fiscal dan kewangan Negara,
islam menuntut semoga semangat keadilan dijadikan landasan agar
kebebasan individu isi rumah dan firma dalam menjalani kegiatan
ekonomi mereka tercapai di samping memelihara kepentingan masyarakat.
Kesepaduan pencapaian matlamat tersebut akan mencetus kepada
kestabilan yang seterusnya mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang
mantap dan progresif.
Tradisi
berhemat dan cermat dalam penggunaa harta baitulmal diteruskan oleh
generasikan terkemudian. Di smaping itu, mana-mana pemerintah yang
menyalahgunakan harta baitulmal sentiasa ditegur supaua mereka
berhati-hati dan selalu peka dengann kepentingan ummah islam
seluruhnya.
Sistem
pentadbiran baitulmal adalah sistem terulung di dunia. Institusi ini
telah melambangkan bahawa negara islam adlah sebuah negara kebajikan,
yang meluas lagi pengertiannya daripada konsep “ welfare state”
di barat sekarang.baitulmal adalah sebuah intitusi yang sentiasa
menjaga kepentingan dan kebajikan umat islam dan berprihatin terhadap
setiap keperluan mereka. Semoga konsep baitulmal negara islam pada
zamna globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi ini menuru
roh yang sebenar untuk mengembalikan pengamalan system ekonomi islam
dalam kehidupan umat islam kini.
RUMUSAN
Rumusanya,
baitulmal adalah pusat perbendaharaan negara islam yang tunggal.
Sebagai negara yang membangun kita perlu tahu apa yang berkitan
baitulmal yang dikenakn kepada masyrakat. Disamping itu, baitulmal
juga banyak manfaat dan faedahnya jika kita membuat pembayaran
kepada baitulmal. Umat islam seharusnya tahu apa yang baitulmal ada
lah institusi yang amat kukuh pada zaman rasulullah. Jika boleh pada
zaman moden dengan teknlogi yang membangun, kita perlula
mempertengahankan apa yang baitulmal buat dan bersama-sama membantu
baitulman naik keperingkat antarabangsa. Sebagai umat islam, kita
perlulah membayar apa yang yang telah ditetapkan dalam syariah islam.
Islam tidak membebankan umat tetapi umtuk menyenangkan umatnya.
Kita
perlulah menyokong dan membantu negara islam sendiri supaya masa
depan generasi akan datang kenal apa itu baitulmal dan skop kerjanya.
Saranan saya kita perlu membuat apa yang dah ditetapkan dalam syariah
islam.
boleh senaraikan sumber kajian ni daripada mana?
ReplyDeleteyes. tolong letak sumber kajian
ReplyDeleteBagaimana pengurusan baitulmal pada zaman abassiyyah .Saya ingin mengetahui lebih mendalam . Di dalam buku teks hanya tertulis pelaksanaan .
ReplyDeleteOrg bukan Islam bleh mohon sumbangan drpd baitulmal ke?
ReplyDeleteoi
ReplyDeleteHola
Deletesy perasan kebanyakan comment dekat blog lain dibiarkan begitu sahaja tak dijawab hurm 4 the at least maybe boleh letak senarai rujukan so pembaca x perlu tunggu jawapan dari author blogger sekian
ReplyDeleteapakah tujuan pelaksanaan baitulmal?
ReplyDeletesila jawab
Casinos near Casino Queen, Atlantic City - Mapyro
ReplyDeleteFind 안성 출장마사지 Casinos 경상북도 출장샵 Near Casino Queen, Atlantic City near 제주 출장마사지 Casino Queen, Atlantic City, NJ near Casino Queen 파주 출장마사지 Casino, 부천 출장안마 Atlantic City, NJ.