Pages

Baitulmal dan Peranannya dalam sistem ekonomi Islam di Malaysia

PENDAHULUAN


Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta. Dalam istilah moden, ia dikenali sebagai Perbendaharaan Negara atau Kementerian Kewangan pada masa ini. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti wang emas atau perak. Ringkasnya, ia juga berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam. Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan Bank Islam yang aktif dan secara langsung memperniagakan harta umat Islam secara terkumpul.

Baitulmal juga bukan sahaja sekadar untuk pembangunan yang ada kaitan dengan ibadat khusus seperti menyediakan tempat untuk mengerjakan solat, untuk menjaga kebajikan orang memerlukan malah merangkumi segala kegiatan pembangunan negara sama ada untuk pembangunan ekonomi, infrastruktur, pendidikan, pertahanan, perkhidmatan awam dan kebudayaan.

Di sini, jelas menujukkan bahawa institusi kewangan islam yang sebenarnya tidak pernak memisahkan antara faktor ibadat khususnya iaitu fardu ain daripada factor ibadah umum iaitu fardu kifayah. Malah islam memadukan kedua-dua unsur itu tadi dalam ikatan yang erat dan padu.tidak wujud dalam negara islam institusi kewangan yang khusus untuk pembangunan kerohnaian semata-mata yang dipisahkan daripada perbendaharaan negara yang berfungsi membiayai projek pembangunan fizikal.


SEJARAH PENUBUHAN BAITULMAL DI ZAMAN RASULULLAH


Sejarah Penubuhan Baitulmal Institusi kewangan Islam dalam bentuk Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud sejak dari zaman Rasulullah (s.a.w.) dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq lagi. Tetapi Baitulmal dalam erti kata yang sebenar belum lagi wujud kerana pendapatan Negara yang masih belum berkembang dengan pesat pada ketika itu. Pendapatan negara pada masa itu diperolehi melalui dua sumber, iaitu zakat dan harta yang diperolehi daripada peperangan seperti ghanimah, jizyah dan fai. Pendapatan negara pada ketika ini tidak disimpan lama, ia akan terus diagih-agihakan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan fakir, anak-anak yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan.faktor inilah yang menyebabkan fungsi Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara penggunaannya pada ketika itu.

Institusi Baitulmal ini secara rasminya telah wujud pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab. Pada zaman ini, kerajaan Islam banyak melakukan penaklukan dan menyebabkan wilayah islam berkembang dengan pesat. Hasil daripada peluasan ini, harta benda yang terkumpul manjadi amat banyak dan tidak dapat diagihkan secara serta-merta. Khalifah Umar menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid bin Al-Walid untuk menubuhkan satu Perbendaharaan Negara yang berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis serta ijtihad para Sahabat. Pada peringkat awalnya, perbendaharaan tersebut dikenali sebagai Diwan. Pada zaman Bani Umayyah (41-132H), Institusi Baitulmal telah berkembang dengan begitu pesat. Islam telah berjaya meluaskan jajahan takluknya sehingga ke Afrika, Rom dan Constantinople. Sumber pendapatan Negara yang paling penting pada ketika itu ialah Kharaj, di samping Zakat, Ghanimah, Fai dan Jizyah.

Pada zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), pusat pemerintahan Islam telah berpindah ke Baghdad iaitu sebuah kawasan yang paling strategik dan juga merupakan yang terpenting bagi urusan perdagangan antara Timur dan Barat. Kesan daripada perpindahan ini, pendapatan institusi Baitulmal telah berkembang berlipat kali ganda. Perebutan kuasa politik antara Al-Ma’mun dengan Al-Amin adalah titik permulaan kepada kemerosotan institusi Baitulmal. Institusi Baitulmal di bawah pemerintahan Al-Ma’mun tidak dapat berfungsi dengan baik dan teratur. Apabila berlaku penaklukan kuasa Barat ke atas Negara Islam selepas era Perang Salib (1096-1250M), Institusi Baitulmal tidak lagi berfungsi dalam erti kata yang sebenarnya dalam menjana ekonomi dan membangunkan prasarana umat islam. Peranannya semakin sempit dan terhad kepada pengumpulan dan pengagihan wang zakat fitrah, zakat harta dan wakaf.

SUMBER BAITULMAL


HARTA MASYARAKAT
HARTA NEGARA
HARTA UMUM

  • Zakat fitrah

  • Zakat hatra

  • Sedekah

  • Wakaf



  • Harta rampasan (Ghaninah & fai’)
  • Cukai (Kharaj, jizyah, usyur)
  • Harta karun / harta tanpa waris

  • Perlombongan
  • Perusahaan
  • Perniagan
  • Pertanian
  • Lain-lain

  1. Kharaj

Merupakan kadar bayaran tertentu yabg dipungut daripada pendapatan keluaran bumi.

  1. Jizyah
Merupakan cukai diri yang dikenakan kepada orang kafir dan gugur apabila memeluk islam. Jizyah tidak dikenakan kepada orang-orang miskin dan tidak berupaya.

  1. Zakat

Zakat bereti kebersihan dan kesucian. Ia merupakan saty bentuk bayaran tertentu yang dikenakan terhadap harta orang islam apabila sampai nisab dan cukup haulnya.

  1. Fai’ dan Ghanimah
Fai’ merupakan harta yang didapati oleh kaum muslimin daripada orang musrikin secara percuma tanpa menghadapi peperangan . Gahanimah pula ialah harta yang didapati melalui peperangan dengat tentera kafir.

  1. Usyur

Merupakan 10% yang dikenakan kepada barang-barang yang dibawa oleh perniaga untuk berniaga di negara islam.


  1. Lain-lain sumber

Merupakan harta pusaka yag tiada waris atau ditinggalkan atau tidak tahu pemiliknya dan harta galian di perut bumi.

SEJARAH BAITULMAL DI MALAYSIA


Institusi baitulmal sememang telah lama wujud di Malaysia tetapi konsep dan pelaksanaannya tidak sama seperti yang pernah diamalkan pada zaman awal pemerintahan islam. Ia hanyalah merupakan kumpulan harta amanah majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri dan baitulmal itu hanya sebahagian daripada perbendaharaan negeri yang terpisah atau diasingkan dan bukannya sebagai Perbendaharaan Negara dalam konteks negara islam. Kedudukan harta dan sumber hasil baitulmal dengan itu amat terbatas dan dengan itu impak daripada tindakan yang dilaksanakan oleh baitulmal kepada ekonomi tidak dapat dilihat dengan jelas.

Dilihat daripada struktur pentadbiran negara, baitulmal merupakan satu unit kecil terletak di bawah suatu struktur kuasa perundangan negeri. Struktur pentadbiran baitulmal adalah terletak di bawah suatu badan dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Majlis ini bertanggungjawab secara langsung tentang perjalanan undang-undang pentadbiran agama islam termasuk soal harta dan kewangan baitulmal di negeri-negeri berkenaan. Ternyata penelitian terperinci mendapati institusi baitulmal dari segi teori dan amalanya di Malaysia terpisah dipada hakikat dan fungsinya yang sebenar dan skopnya telah dipersempitkan dan terbatas dalam bidang perlaksanaan undang-undang harta dalam pengertian yang terbatas. Oleh itu perlu dilihat kembali amalan yang sedia ada dan berusaha untuk kita berlaku adil untuk meletakkan kembali institusi baitulmal kepada kedudukan dan melaksanakan peranan sewajarnya seperti yang dikehendaki oleh system ekonomi islam.

PENUBUHAN BAITULMAL


Penubuhan baitulmal adalah suatu yang perlu kepada peruntukan undang-undang, lebih- lebih lagi yang bersifat islami. Perlembagaan yang ada sekarang tidak menghalang untuk mengembangkan amalan muamalah islam ditubuhkan melalui undang-undang seperti adanya Akta Bank Isla, 1984 dan Akta Takaful.

Sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 55(3) semua wang hata dalam baitulmal hendaklah terletak di bawah hak majlis yang mentadbirkan semua wang dan harta.

Bedasarkan peruntukan di atas boleh dianggap bahawa dari segi struktyr baitulmal terletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Ahli-ahli dilantik oleh sultan yang merupakan ketua agama bagi negeri berkenaan. Justeru itu dari segi perundangan baitulmal adalah perkara agama di bawah kuasa raja dan negeri.

Mekanisma untuk menubuhkan baitulmal kebangsaan di negara ini hendaklah mengambil kira kedudukan tesebut. Sebelum ini beberapa perkara mengenai agama islam yang terletak di bawah hak negeri seperti pendidikan agama rakyat, zakat dan mahkamah syariah supaya disusun semula dan diselaraskna pada peringkat kebangsaan. Bagaimanapun, perkara-perkara tersebut menjadi isu yang tidak begitu mudah untuk diselesaikan.

USAHA UNTUK MENYELARASKAN INSTITUSI AGAMA

  1. Penubuhan LUZAM

Pada suatu ketika kerajann bercadang untuk menyelaraskan system pungutan zakat di seluruh negeri melalui penuhuhan LEMBAGA URUSAN ZAKAT MALAYSIA (LUZAM)

  1. Mahkamah syariah

Beberapa usaha dibuat untuk menyusun semula pentadbiran mahkamah syariah di negara ini. Ia dilakukan dengan cara mengadakan satu kesefahaman untuk menggunakan semua pegawai syriah maka timbullah Jabatan Kehakiman syariah Malaysia.


  1. Lembaga baitulmal

Bitulmal boleh ditubuhkan di perinkat pusat atau diselaraskan pengurusnya. Kecenderungan yang ada pada hari ini, iaitu sebarang perkara yang menyentuh agama islam yang terletak di dawah hak negeri dan menyentuh kuasa sultan boleh dilakukan dengan dua cara iaitu:-
          1. Pertama – mengadakn muakafat diantar negeri-negeri bagi menyeragamkan urusan agam tanpa melibatkan pindaan mana-mana perntukan undang-undang

          1. Kedua – cadangan daripada majlis raja-raja supaya diadakan suatu menyelaraskan undang-undang yang dibawah kuasa sultan

PERANAN BAITULMAL

  • Menyelesaikan masalah kemiskinan serta kedaifan dalam kalangan golongan Islam.

  • Peranan seterusnya ialah adalah untuk membina infrastruktur dan pelaburan dalam aktiviti sosial, perdagangan dan perindustrian.


  • Menyediakan keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk tujuan pembangunan negara bahkan ia merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan.

  • Sumber-sumber dari Baitulmal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dan golongan tentera yang berkhidmat  secara tetap ataupun sukarela.


  • Dapat mempertingkatkan pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan mengeluarkan biasiswa untuk keperluan pelajar Islam.

  • Membayar gaji pegawai

  • Membuka tanah dan mengeluarkan bahan mentah

PERBELANJAAN BAITUIMAL

  • Perbelanjaan yang ditetapkan oleh al-quran dan sunnah seperti zakat.

  • Gaji tentera, khadi, gabenor, dan pegawai-pegawai kerajaan

  • Pembangunan seperti mengorek sungai untuk mengalir airnya, membina tali air untuk menyuburkan tanaman.

  • Menyediakan kemudahan seperti makanan dan pakian untuk banduan dalam penjara sama ada ia musli atau kafir.

  • Untuk mempertahankan negara seperti kelengkapan tentera dan pengurusan pembukaan kawasan-kawasan lain.

  • Memberi hadiah untuk orang berjasa seperti alim ulama’ dan sasterawan.

  • Pembinaan jalanraya dan jambatan di seluruh negara

KESIMPULAN


Daripada perbincangan metodologi peranan dan penglibatan baitulmal dalam ekonomi di atas jelas memaparkan bahawa semangat keadilan adalah prinsip kawalan terhadap peranan dan penglibatan umum baitulmal dalam ekomoni negara. Pendekatan tersebut mampu mengharmonikan kedua-dua
sektor awam dan swasta. Segala dasar dan polisi sama ada dalam memenuhi peranan baitulmal dalam mengubal dasar fiscal dan kewangan Negara, islam menuntut semoga semangat keadilan dijadikan landasan agar kebebasan individu isi rumah dan firma dalam menjalani kegiatan ekonomi mereka tercapai di samping memelihara kepentingan masyarakat. Kesepaduan pencapaian matlamat tersebut akan mencetus kepada kestabilan yang seterusnya mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang mantap dan progresif.


Tradisi berhemat dan cermat dalam penggunaa harta baitulmal diteruskan oleh generasikan terkemudian. Di smaping itu, mana-mana pemerintah yang menyalahgunakan harta baitulmal sentiasa ditegur supaua mereka berhati-hati dan selalu peka dengann kepentingan ummah islam seluruhnya.


Sistem pentadbiran baitulmal adalah sistem terulung di dunia. Institusi ini telah melambangkan bahawa negara islam adlah sebuah negara kebajikan, yang meluas lagi pengertiannya daripada konsep “ welfare state” di barat sekarang.baitulmal adalah sebuah intitusi yang sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan umat islam dan berprihatin terhadap setiap keperluan mereka. Semoga konsep baitulmal negara islam pada zamna globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi ini menuru roh yang sebenar untuk mengembalikan pengamalan system ekonomi islam dalam kehidupan umat islam kini.

RUMUSAN


Rumusanya, baitulmal adalah pusat perbendaharaan negara islam yang tunggal. Sebagai negara yang membangun kita perlu tahu apa yang berkitan baitulmal yang dikenakn kepada masyrakat. Disamping itu, baitulmal juga banyak manfaat dan faedahnya jika kita membuat pembayaran kepada baitulmal. Umat islam seharusnya tahu apa yang baitulmal ada lah institusi yang amat kukuh pada zaman rasulullah. Jika boleh pada zaman moden dengan teknlogi yang membangun, kita perlula mempertengahankan apa yang baitulmal buat dan bersama-sama membantu baitulman naik keperingkat antarabangsa. Sebagai umat islam, kita perlulah membayar apa yang yang telah ditetapkan dalam syariah islam. Islam tidak membebankan umat tetapi umtuk menyenangkan umatnya.


Kita perlulah menyokong dan membantu negara islam sendiri supaya masa depan generasi akan datang kenal apa itu baitulmal dan skop kerjanya. Saranan saya kita perlu membuat apa yang dah ditetapkan dalam syariah islam.